Wanita Jepun ditahan kerana 5 tahun simpan mayat bayi dalam lokar
Polis Tokyo menyatakan pada Selasa (25 Sep) bahawa pihaknya sudah memberkas seorang wanita berusia 49 tahun yang disyaki menyimpan mayat bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak bernyawa, di dalam lokar syiling.
(Gambar: Behrouz Mehri/AFP)
TOKYO: Polis Tokyo menyatakan pada Selasa (25 Sep) bahawa pihaknya sudah memberkas seorang wanita berusia 49 tahun yang disyaki menyimpan mayat bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak bernyawa, di dalam lokar syiling. Menurut beberapa laporan, dia mengalihkan mayat tersebut sebanyak lima kali.
"Suspek tersebut... pergi dan meninggalkan mayat bayi itu di dalam lokar," berdekatan Stesen Uguisudani, menurut seorang jurucakap polis Tokyo, dengan insiden terbaru berlaku sekitar 13 September.
Menurut laporan media, wanita yang tidak bekerja itu menyerah diri kepada pihak polis dan mengaku bahawa dia menyimpan mayat tersebut di beberapa lokar berdekatan stesen itu sejak mengalami keguguran "empat atau lima tahun lalu".
"Saya panik setelah bayi yang saya lahirkan itu sudah meninggal dunia dan menyimpan mayatnya kerana saya tidak boleh membuangnya," katanya kepada para penyiasat, menurut Kyoto News.
Dia mengambil keputusan untuk menyerah diri setelah dia dihalau dari tempat tinggalnya, menurut Kyoto. Dia meninggalkan kunci lokar tersebut di dalam rumah dan berpendapat bahawa seseorang mungkin akan menjumpai mayat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.