Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita JB direman 4 hari selepas kasari bayi di taska

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita JB direman 4 hari selepas kasari bayi di taska

(Gambar: Petikan skrin video tular di media sosial/Facebook)

JOHOR BAHRU: Wanita tempatan yang ditahan awal pagi ini (16 Mei) untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, direman empat hari mulai hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret R Salini ke atas wanita berusia 21 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Awal dari itu, wanita tersebut yang merupakan pengasuh di sebuah taska, dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap berwarna jingga, akan direman sehingga Jumaat ini (19 Mei).

Sebelum itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2.00 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri.

"Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi," kata beliau.

Menurut beliau, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan, selain taska itu didapati beroperasi secara tidak sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 (S$5,950) atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan