Wanita ini tidak gentar takluki bangunan pencakar langit di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram @siva_wwc
KUALA LUMPUR: Wanita adalah makhluk lemah dan itulah yang sering didengari apabila ramai memandang rendah dengan kemampuan golongan ini berbanding lelaki.
Meskipun begitu, wanita zaman sekarang ini pantang dicabar dan ramai di kalangan mereka ternyata lebih berani dan ekstrem berbanding kaum lelaki. Anda tidak percaya?
Perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani, lapor ohmymedia.
Menerusi video dimuat naik Encik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia ‘lantang’ menentang graviti dengan memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali.
Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur, seperti dinukil daripada ohmymedia.
Difahamkan, dalam video berkenaan wanita tersebut sedang bertugas menukar lampu spotlight klasik kepada sistem LED.
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa kagum melihat keberanian yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Ada juga netizen sempat berseloroh dengan mengatakan beliau mungkin akan pengsan sekiranya diberi tanggungjawab dan tugas apabila melibatkan ‘ketinggian’.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.