Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Wanita ini bukan pelawak, persembahannya hina Islam bukan komedi," tegas Harith Iskander

Anggaran Waktu Membaca:
"Wanita ini bukan pelawak, persembahannya hina Islam bukan komedi," tegas Harith Iskander

(Gambar: Tangkapan skrin video @harithiskander/Instagram)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam melalui persembahannya di pentas sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di ibu kota Malaysia baru-baru ini mengundang kecaman ramai, termasuk kalangan pelawak. 

Pelawak popular Harith Iskander berkata, tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."

Malah, ia bukan persembahan komedi 'stand up', menurutnya sepertimana dilaporkan portal Gempak.

"Wanita ini bukannya pelawak.

"Apa yang dipersembahkan juga bukan persembahan komedi 'stand up'. Iya betul, ia dipersembahkan di sebuah kelab komedi yang terbuka.

"Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai cef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.

"Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia cef tak bagus dan disenarai hitam. Tetapi semua chef bodoh.

"Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan," kata Harith menerusi rakaman video di Instagram pada Sabtu (9 Jul). 

Harith berkata, sepanjang 32 tahun melakukan persembahan komedi berdiri secara profesional, kandungan jenaka yang dipersembahkan perlulah bijak.

"Persembahan dicipta untuk buat orang ketawa. Pelawak akan bercerita dengan cara tersendiri dan penonton akan tergelak.

"Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.

"Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.

"Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan," katanya.

"Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.

"Wanita ini perlu bantuan. Harap 'ubat' boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung.

"Setiap orang ada cita rasa. Ada persembahan tidak lawak, tetapi bertukar menyinggung perasaan.

"Saya sendiri menghakimi kerjaya ini dengan niat nak berlawak atau buat orang tersinggung.

"Wanita ini memang menyinggung sensitiviti orang dengan kejutan dilakukan," katanya, seperti dinukil Gempak. 

Sementara itu, pemilik kelab komedi Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita yang dianggap menghina agama Islam.

Crackhouse Comedy Club juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan melarang wanita berkenaan memasuki premis kelab komedi berkenaan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan