Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ini berjaya jejak rakan lama di Scotland hasil catatan tular Twitter

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini berjaya jejak rakan lama di Scotland hasil catatan tular Twitter

(Gambar-gambar: Twitter/Najwa Fuad)

KUALA LUMPUR: Seorang gadis Malaysia menarik perhatian ramai selepas memanfaatkan laman Twitter bagi mencari semula rakan-rakannya yang terpisah sekitar 20 tahun lalu. Demikian menurut laporan mStar.

Menurut Nurul Najwa Mohd Fuad, 26 tahun, beliau mengenali Bobby Smith semasa beliau menetap di Stirling, Scotland.

Beliau dan rakan-rakannya kemudian terputus hubungan selepas beliau sekeluarga pulang ke Malaysia pada 2004.

"Kami sekeluarga menetap di sana kerana ayah sambung belajar di Universiti Stirling.

"Bobby merupakan rakan baik saya sejak tadika hingga ke zaman sekolah. Kebaikan Bobby membuatkannya paling diingati," kongsi Najwa kepada mStar.
 
Menurut arkitek yang kini menetap di Semenyih, Selangor itu, dia pernah mengirim surat ke Bobby, namun hilang jejak beliau tidak berapa lama kemudian.

Lantaran itu, beliau mengumpul semangat untuk mencari semula Bobby menerusi laman Twitter.

"Tak sangka ia viral di Twitter. Ramai yang mesej dan mereka mahu membantu," kata Najwa.

Dalam masa sehari dua sahaja, Najwa berjaya berhubungan semula dengan Bobby, sekali gus menamatkan pencariannya.
(Gambar: Twitter)
"Akhirnya atas bantuan netizen, saya dah jumpa Bobby. Rupanya ada seorang rakyat Malaysia yang duduk di Scotland, yang juga berkawan dengan Bobby. Dia juga alumni di sekolah sama, tetapi dia menetap lebih lama di sana berbanding saya.

"Saya pun dah berkomunikasi dengan Bobby. Rupanya dia dah tukar nama sebab itu saya tak dapat cari dia selama ini. Saya cari nama Bobby Smith, rupanya dia dah tukar nama jadi Bobby McIntyre," kongsi Najwa lagi.

Malah, menerusi catatan tular itu, Najwa bukan sahaja dapat berhubungan semula dengan Bobby, tetapi lima rakan lain juga.

Beliau berkata: "Kalau ada rezeki, saya nak ke Scotland untuk jumpa balik dengan mereka. Sekarang kami dalam proses untuk kenal balik.

"Terima kasih sangat semua orang. Tak sangka catatan Twitter ini sampai ke Scotland, mereka sebarkan sampai kami jumpa balik. Kuasa viral memang membantu kalau digunakan dengan cara yang betul."
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan