Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ini beri makanan ringan percuma bagi pekerja penghantaran dipuji netizen

Seorang wanita di Shah Alam dipuji para pengguna Twitter kerana menyediakan stesen snek di luar kediamannya bagi petugas penghantaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini beri makanan ringan percuma bagi pekerja penghantaran dipuji netizen

(Gambar: _tashbunny/Twitter)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 09:27PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 09:35PM

PETALING JAYA: Seorang wanita di Shah Alam dipuji para pengguna Twitter kerana menyediakan stesen snek di luar kediamannya bagi petugas penghantaran.

Cik Natasha Hidayah Hashim, 29 tahun, meletakkan biskut, gula-gula dan cecair sanitiser tangan di luar pagar rumahnya untuk diberikan kepada para pekerja penghantaran yang ternyata lebih sibuk di tengah-tengah perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia.

Catatan Twitternya tular dengan lebih 2,600 ulang ciap dan 5,400 tanda 'like'.

"Membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang kecil untuk abang dan kakak penghantaran," tulis Cik Natasha.

Hos e-sukan itu memberitahu mStar bahawa dia tergerak untuk melakukan sedemikian dua minggu lalu apabila melihat seorang pekerja penghantaran membawa anak-anaknya di dalam kereta semasa bertugas.

Dia juga mendapat ilham daripada Tweet seorang pemain permainan video Amerika Syarikat yang menyediakan stesen kudapan yang sama di luar rumahnya sebagai tanda penghargaan bagi para pekerja.

"Saya ingin tunjukkan penghargaan buat mereka. Baru-baru ini saya ternampak seorang pekerja penghantaran yang membawa anak-anak di dalam kereta.

"Sungguh sayu melihatnya. Sejak itu, saya mula letakkan kudap-kudapan di luar rumah," katanya seperti ditukil Malay Mail.

Cik Natasha menambah bahawa dia dahulunya jarang membeli-belah online namun mula membeli lebih banyak barang untuk dihantar ke rumah sejak pandemik COVID-19.

Dia juga merancang untuk meletakkan air kotak dan air mineral supaya para pekerja boleh menjimat masa dan tidak perlu ke kedai untuk membeli air.

"Kerja mereka berbahaya dan berisiko tinggi. Ini cara saya mengucapkan 'terima kasih' kerana mereka memastikan kita ada makanan untuk dimakan juga," kata Cik Natasha.

Sumber : Today/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan