Skip to main content

Dunia

Wanita Indonesia terselamat setelah jatuh dari bangunan 21 tingkat

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Indonesia terselamat setelah jatuh dari bangunan 21 tingkat

(Gambar: Polis Daerah Kelapa Gading)

JAKARTA: Seorang wanita berusia 55 tahun berpantang maut sebelum ajal selepas terjatuh dari sebuah apartmen setinggi 21 tingkat, lapor media tempatan.

Wanita itu tergelincir ketika menyidai pakaian di beranda rumahnya di Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara pada Khamis (2 Jun). 

Wanita terbabit mengalami patah tangan kiri, manakala bumbung sebuah kereta rosak akibat insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kelapa Gading Vokky Sagala berkata wanita itu masih memberi respons ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Kejadian berlaku kira-kira 3.00 petang. Penduduk setempat segera membawanya ke Hospital Gading Nias. 

“Dia kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita