Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Indonesia mati ditelan ular sawa

Seorang wanita Indonesia ditemui dalam perut seekor ular sawa yang ditangkap berhampiran tempat mangsa itu hilang ketika bercucuk tanam di kebunnya, menurut polis hari ini (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Indonesia mati ditelan ular sawa

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 16 Jun 2018 06:06PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 06:08PM

INDONESIA: Seorang wanita Indonesia ditemui dalam perut seekor ular sawa yang ditangkap berhampiran tempat mangsa itu hilang ketika bercucuk tanam di kebunnya, menurut polis hari ini (16 Jun).

Mayat Wa Tiba, 54 tahun, ditemui semalam semasa penduduk kampung membelah perut ular sawa berukuran tujuh meter itu.

Ular tersebut ditemui di Kampung Persiapan Lawela di Pulau Muna, luar pesisiran Sulawesi.

“Penduduk kampung mengesyaki ular tersebut menelan mangsa, lalu mereka membunuhnya, dan kemudian membawanya keluar dari kebun itu,” kata ketua polis tempatan, Hamka.

"Perut ular itu dibelah dan mayat mangsa ditemui didalamnya."

Seramai 100 penduduk, termasuk saudara-mara mangsa, mencari wanita tersebut apabila beliau tidak pulang dari kebunnya pada Khamis malam.

Hamka berkata, penduduk kampung menemui ular gergasi itu sekitar 30 meter dari tempat di mana selipar dan parang Tiba ditemui.

Tiba ditelan dari bahagian kepala dan tubuhnya dalam keadaan sempurna.

Kebun di mana wanita itu hilang terletak di kaki tebing berbatu yang mempunyai beberapa gua, dan diketahui sebagai tempat tinggal ular, kata Hamka.

Ular sawa gergasi yang boleh membesar melebihi enam meter, biasa ditemui di Indonesia dan Filipina.

Walaupun biasa menyerang haiwan kecil, ular-ular ini jarang menyasarkan manusia.

Pada Mac tahun lalu, seorang pekebun mati akibat ditelan ular sawa di kampung Salubiro di kepulauan Sulawesi. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan