Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hina Islam di kelab komedi Kuala Lumpur ditahan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur. 

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita itu direman selama tiga hari hingga 12 Julai ini.

"Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad (10 Jul). 

Pada Sabtu (9 Jul), Cik Noorsiah berkata PDRM sedang menyiasat insiden itu yang tular di media sosial dan mendapat respons negatif masyarakat khususnya umat Islam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan