Skip to main content

Dunia

Wanita hamil maut selepas diikat pada pokok, perut dikelar

Seorang wanita mati selepas sepasang suami isteri mengelar perutnya lalu menarik keluar bayi dalam kandungannya. Lebih kejam lagi, wanita berkenaan diikat pada sebatang pokok dengan menggunakan kawat duri semasa perutnya dikelar.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil maut selepas diikat pada pokok, perut dikelar

(Gambar hiasan: Yasuyoshi/AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 09:34PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:41PM

BRAZIL: Seorang wanita mati selepas sepasang suami isteri mengelar perutnya lalu menarik keluar bayi dalam kandungannya. Lebih kejam lagi, wanita berkenaan diikat pada sebatang pokok dengan menggunakan kawat duri semasa perutnya dikelar.

Mara Cristiana da Silva, 23 tahun, hamil lapan bulan, ditemui di sebuah kawasan yang berhutan, berdekatan Joao Pinheiro, selatan Brazil.

Polis memberkas Angelina Rodrigues, 40, yang menurut The Sun, "sering mendambakan seorang anak perempuan".

Angelina dipercayai melawat ke hospital tempatan dan mengakui dirinya baru sahaja bersalin.

Namun, para doktor mula berasa curiga selepas dia enggan diperiksa.

Suaminya, Roberto Gomes da Silva turut diberkas selepas mayat Cik Mara ditemui.

Angelina mengakui membuat mangsa menjadi mabuk lalu mengikatnya pada sebatang pokok dengan menggunakan kawat duri sebelum mengelar perut mangsa.

Polis memberkas suaminya kerana percaya tindakan itu tidak dapat dilakukan sendiri oleh Angelina - meskipun si isteri menafikan suaminya berada di tempat kejadian.

Seorang jurucakap polis memberitahu The Sun: "Kami percaya bahawa suami pelaku dan seorang lagi turut bersubahat, namun siasatan sedang dijalankan.

"Ujian kesihatan membuktikan bahawa Angelina tidak hamil dan kami percaya mereka sudah terdahulu merancang jenayah."

Keluarga mangsa mengatakan bahawa tertuduh dari awal lagi sudah mendekati Cik Mara selepas mengetahui beliau hamil.

Ibu saudara mangsa memberitahu media tempatan: "Wanita itu sudah lama mendambakan seorang anak perempuan, dan apabila dia melihat anak saudara saya hamil, beliau kononnya ingin menghulurkan bantuan.

"Dia pinjamkan wang untuk mangsa periksa kandungan dan pada hari mangsa meninggal dunia, dia memberitahunya akan membeli semua perlengkapan bayi yang diperlukan."

Pesalah juga menginap di rumah mangsa, lapor media tempatan.

Mayat Mara ditemui diikat pada sebatang pokok dengan kawat duri di lehernya. Perutnya pula dikelar.

Bayi mangsa dirawat di sebuah hospital tempatan kerana mengalami luka di kepalanya.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita