Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hamil cedera ambulans terbalik akibat dilanggar

Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah kereta dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, pagi Selasa (26 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil cedera ambulans terbalik akibat dilanggar

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 05:14PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 05:17PM

KUCHING: Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah kereta dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, pagi Selasa (26 Feb).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, ambulans yang bergerak menuju ke arah Hospital Umum Sarawak dilanggar di bahagian tepi oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 74 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, ambulans tersebut terbalik ke bahu jalan raya sehingga menyebabkan seorang pesakit yang sarat mengandung dan salah seorang jururawat mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa iaitu seorang jururawat, pemandu ambulans dan pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Umum untuk mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan dan kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan