Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hamil belum divaksin lebih berisiko alami komplikasi disebabkan COVID-19

Penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini dalam majalah Nature Medicine menunjukkan wanita hamil yang tidak divaksinasi lebih kemungkinan dimasukkan ke hospital disebabkan koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil belum divaksin lebih berisiko alami komplikasi disebabkan COVID-19

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 01:18PM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 01:18PM

ANKARA: Penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini dalam majalah Nature Medicine menunjukkan wanita hamil yang tidak divaksinasi lebih kemungkinan dimasukkan ke hospital disebabkan koronavirus.

"COVID-19 dalam kehamilan dikaitkan dengan meningkatnya risiko komplikasi khusus kehamilan pra-eklampsia, kelahiran belum cukup bulan dan bayi lahir mati," lapor Anadolu memetik majalah penyelidikan bulanan tersebut.

Ia berdasarkan "kadar jangkitan SARS-CoV-2 dan vaksinasi COVID-19 bagi wanita hamil di Scotland," yang meneliti data 87,000 wanita hamil di Scotland sepanjang 11 bulan dari Dis 2020 hingga Okt 2021.

Sambil menarik perhatian bahawa wanita hamil nampaknya tidak lebih terdedah kepada virus berbanding wanita tidak hamil, penyelidik mendapati wanita hamil masih berada pada "risiko yang lebih tinggi bagi penyakit COVID-19 yang teruk."

Mereka juga mendapati bahawa "wanita hamil dengan jangkitan SARS-CoV-2 lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit jagaan rapi, menerima rawatan pernafasan invasif serta sokongan oksigen membran extracorporeal dan mati."

Dari Disember 2020 hingga Oktober 2021, sebanyak 2,364 bayi dilahirkan kepada ibu yang dijangkiti COVID-19 semasa mengandung.

"Daripada jumlah ini, 2,353 adalah kelahiran hidup, dengan 241 melibatkan kelahiran belum cukup bulan," tambahnya.

Walaupun peratusan kelahiran belum cukup bulan dalam penduduk umum ialah 8 peratus, kadarnya ialah 17 peratus bagi bayi yang dilahirkan dalam tempoh 28 hari selepas ibu mereka dijangkiti virus COVID-19.

Sumber : Bernama/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa