Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita gigit jari, rugi RM3,230 ditipu penjual kucing di Instagram

Seorang pekerja swasta membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam pembelian dua ekor kucing menerusi laman sosial Instagram sehingga beliau kerugian RM3,230 (S$1,032) pada Isnin (2 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita gigit jari, rugi RM3,230 ditipu penjual kucing di Instagram

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 03 Aug 2021 10:26AM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 10:30AM

KUANTAN: Seorang pekerja swasta membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam pembelian dua ekor kucing menerusi laman sosial Instagram sehingga beliau kerugian RM3,230 (S$1,032) pada Isnin (2 Ogos).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 24 tahun itu mendakwa bayaran dibuat bagi membeli kucing baka British Shorthair dan British Longhair, masing-masing diiklankan pada harga RM290 (S$92) dan RM240 (S$76). 

"Mangsa mendakwa telah menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada iklan di laman itu dan berurusan dengan seorang lelaki sebelum memindahkan wang secara dalam talian ke akaun bank yang diberikan sebanyak empat kali berjumlah RM3,230 yang dikatakan sebagai bayaran kucing dan proses dokumentasi. 

"Bagaimanapun, suspek dikatakan terus meminta wang atas pelbagai alasan termasuk bagi mendapatkan sijil kelahiran kucing menyebabkan mangsa curiga. Mangsa mendakwa enggan meneruskan pembelian dan meminta wangnya dikembalikan semula," katanya dalam kenyataan hari ini (3 Ogos).

Beliau berkata mangsa mendakwa suspek berkeras tidak mahu memulangkan wang itu, menyebabkannya bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan