Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Ecuador yang 'bangun' ketika upacara persemadiannya kini disahkan mati

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Ecuador yang 'bangun' ketika upacara persemadiannya kini disahkan mati

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 19 Jun 2023 11:44AM Dikemas Kini : 19 Jun 2023 11:45AM
QUITO: Seorang wanita warga emas di Ecuador yang sebelum ini tular kerana terjaga di dalam keranda ketika upacara persemadiannya, disahkan meninggal dunia, kata pihak berkuasa pada Ahad (18 Jun).

Sebuah video dimuat naik di media sosial minggu lalu menunjukkan Bella Montoya, 76 tahun, masih bernafas ketika diletakkan dalam kerandanya. Menurut anak lelaki wanita itu, Gilbert Barbera, ibu beliau mengetuk kerandanya, dan cuba keluar ketika upacara persemadiannya.

Wanita itu silap disahkan mati pada 9 Jun.

Selepas kejadian itu, Cik Montoya dirawat di hospital di bandar Babahoyo. Dia meninggal dunia akibat angin ahmar pada Jumaat (16 Jun), kata jabatan kesihatan kawasan tersebut.

"Kali ini ibu saya benar-benar meninggal dunia," kata Encik Barbera seperti dinukil akhbar El Universo.

Kementerian Kesihatan Ecuador sudah mengarahkan siasatan dan berusaha mengenal pasti doktor yang mengisytiharkan kematian wanita tersebut sebelum ini.

Laporan akhbar tempatan menyatakan Cik Montoya menghidap penyakit katalepsi, di mana pesakit akan kehilangan sensasi dan kesedaran serta badannya menjadi kaku.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan