Wanita diusir dari pesawat gara-gara enggan letak beg Louis Vuitton bawah tempat duduk; jadi punca kelengahan sejam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Douyin, Pexels
CHONGQING: Seorang wanita di China diusir dari sebuah pesawat - semata-mata kerana dia enggan meletakkan beg tangan jenama Louis Vuittonnya di bawah tempat duduk di hadapannya sebelum pesawat berkenaan berlepas.
Kekecohan tersebut mengakibatkan kelengahan selama sejam memandangkan pesawat itu, yang hampir siap untuk berlepas dari lapangan terbang berkenaan, perlu kembali ke pintu pelepasan agar pihak polis dapat mengiringi wanita terbabit keluar dari pesawat tersebut.
Penumpang itu berkeras ingin meletakkan beg tangan Louis Vuitton di sebelah tempat duduknya dan enggan meletakkan beg berjenamanya di lantai pesawat itu. Ini sekalipun anak kapal penerbangan tersebut memintanya untuk melakukan demikian.
Kelengahan penerbangan itu selama sejam turut mengakibatkan gangguan kepada beberapa penerbangan seterusnya, menurut laporan agensi berita South China Morning Post (SCMP).
Video yang memaparkan insiden berkenaan, yang dilaporkan berlaku di Chongqing pada 10 Ogos lalu dalam sebuah penerbangan China Express Airlines, mencuri perhatian ramai netizen.
Penumpang penerbangan itu yang memuat naik video berkenaan, mengatakan wanita terbabit duduk di kelas Ekonomi. Disebabkan insiden berkenaan, pesawat itu yang hampir siap untuk berlepas, perlu kembali ke pintu pelepasan.
Penumpang lain dalam penerbangan tersebut malah, dilihat memberi tepukan gemuruh sedang dia diiringi keluar dari pesawat itu oleh pihak polis.
Insiden yang tular itu mencetuskan kemarahan dan reaksi bercampur-campur dalam kalangan netizen di China.
Sedang sebilangan orang mengkritik wanita itu kerana mengabaikan arahan tersebut, seorang netizen pula berkata: "Anak kapal tersebut sepatutnya menawarkan sebuah beg untuk meletakkan beg tangannya. Perlukah mereka membuang masa selama sejam dan mengusirnya dari pesawat itu?"

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.