Skip to main content

Dunia

Wanita ditikam teman lelaki 14 kali di depan 3 anak kecilnya

Seorang wanita muda maut ditikam 14 kali oleh teman lelakinya di hadapan tiga anak mereka, menurut para pendakwa di utara Perancis. Ini berlaku di tengah-tengah satu kempen meluas untuk mengatasi kejadian melibatkan kematian wanita-wanita di tangan pasangan lelaki mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditikam teman lelaki 14 kali di depan 3 anak kecilnya

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Sep 2019 10:01AM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 10:03AM

CAEN, PERANCIS: Seorang wanita muda maut ditikam 14 kali oleh teman lelakinya di hadapan tiga anak mereka, menurut para pendakwa di utara Perancis. Ini berlaku di tengah-tengah satu kempen meluas untuk mengatasi kejadian melibatkan kematian wanita-wanita di tangan pasangan lelaki mereka.

Suspek berusia 37 tahun itu menyerang pasangannya, 27 tahun, semasa satu pertengkaran di bandar pelabuhan utara Le Havre Isnin lalu dan mereka dikatakan sedang dalam proses untuk berpisah.

Anak-nak pasangan itu berusia enam, empat dan dua tahun, hanya mampu melihat kejadian itu.

“Suspek mengaku melakukannya dan berkata, dia bertindak sedemikian kerana bimbang mangsa akan mencegahnya daripada bertemu dengan anak-anaknya,” menurut kenyataan itu.

Wanita tersebut meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek telah segera diberkas.

Sumber polis memberitahu, pembunuhan itu berlaku di hadapan sebuah pasar raya.

Seminggu lalu, pihak polis sudahpun campur tangan apabila mereka datang ke rumah pasangan tersebut selepas mangsa memberitahu beliau melarikan diri melalui tingkap kerana diugut pasangannya dengan pisau.

Lelaki tersebut ditahan pada masa itu namun polis memutuskan mereka tidak mempunyai asas yang cukup untuk mengambil tindakan lanjut.

Menurut statistik pemerintah, seramai 121 wanita maut di tangan pasangan atau bekas pasangan mereka di Perancis tahun lalu. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita