Skip to main content

Dunia

Wanita ditemui mati dipercayai ditolak suami dari tingkat 18 kondominium

Kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan di atas bumbung bilik panel suis elektrik milik Tenaga Nasional Berhad di Kondominium Bukit Awana, Air Itam pada Sabtu (10 Apr), dipercayai akibat jatuh dari tingkat 18 kondominium itu, disyaki ditolak oleh suaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditemui mati dipercayai ditolak suami dari tingkat 18 kondominium

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 Apr 2021 09:18PM Dikemas Kini : 11 Apr 2021 09:21PM

GEORGE TOWN: Kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan di atas bumbung bilik panel suis elektrik milik Tenaga Nasional Berhad di Kondominium Bukit Awana, Air Itam pada Sabtu (10 Apr), dipercayai akibat jatuh dari tingkat 18 kondominium itu, disyaki ditolak oleh suaminya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemukan orang awam pada pukul 12.06 tengah malam semalam dan suspek ditahan polis setengah jam kemudian di rumah pasangan tersebut.

"Mayat mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans itu ditemukan oleh penduduk di situ dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Hasil soal siasat ke atas suaminya yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan, lelaki itu mengaku telah bertindak menolak mangsa setelah berlaku pergaduhan.

"Pasangan itu bergaduh di rumah mereka di tingkat 18 selepas suspek mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” katanya ketika dihubungi pada Ahad (11 Apr).

Menurutnya ujian air kencing ke atas lelaki itu turut mendapati suspek positif dadah dan dia kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita