Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditembak mati semasa jual juadah berbuka puasa

Seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak oleh seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet pada Khamis (30 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditembak mati semasa jual juadah berbuka puasa

Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2019 06:39PM Dikemas Kini : 31 May 2019 06:46PM

NARATHIWAT: Seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak oleh seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet di Thailand pada Khamis (30 Mei).

Suhaila Tokha, 34 tahun, seorang pekerja di Pejabat Pemulihan Daerah Chanet, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian tersebut berlaku pada sekitar 2.10 petang (waktu tempatan).

Menurut saksi, mangsa dihampiri oleh dua individu yang menaiki motosikal dan menyamar sebagai pembeli.

"Pembonceng yang berhijab melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," kata saksi yang enggan namanya didedahkan.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Chanet, Kapten Polis Thirasak Kreadam, berkata mangsa ditembak di bahagian dada dan bahu.

"Polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan