Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditembak mati anak kecil semasa sidang video

Seorang kanak-kanak kecil menemui sepucuk pistol yang diisi peluru dan tidak dikunci lalu menembak mati seorang wanita semasa mangsa sedang mengikuti sidang video semasa kerja, lapor polis di tengah Florida.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditembak mati anak kecil semasa sidang video

(Gambar hiasan: Enrico HC$nel/Pexels)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 11:13PM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 11:16PM

FLORIDA: Seorang kanak-kanak kecil menemui sepucuk pistol yang diisi peluru dan tidak dikunci lalu menembak mati seorang wanita semasa mangsa sedang mengikuti sidang video semasa kerja, lapor polis di tengah Florida.

Menurut laporan berita tempatan, wanita itu adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut yang menembaknya di bahagian kepala pada Rabu (11 Ogos).

Salah seorang yang menghadiri sidang video itu menghubungi talian kecemasan 911 setelah melihat kanak-kanak tersebut dan terdengar bunyi bising, kata polis Altamonte Springs dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Shamaya Lynn, 21 tahun, jatuh ke belakang dan tidak muncul-muncul lagi dalam panggilan video itu, lapor individu berkenaan.

"Para pegawai dan paramedik melakukan sedaya upaya untuk membantu Cik Lynn, namun beliau ditemui dengan kesan tembakan di bahagian kepalanya," kata polis.

Seorang dewasa di dalam rumah itu membiarkan pistol berkenaan tidak disimpan dengan selamat, tambah polis.

Para penyiasat sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara Seminole County untuk menentukan sama ada sebarang dakwaan akan difailkan.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan