Wanita ditahan selepas ditemui dengan 15kg dadah di Lapangan Terbang Sydney
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Seorang wanita berusia 40 tahun didakwa selepas pihak berkuasa Australia menemui 15 kilogram methamphetamine di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat (25 Dis), lapor Xinhua.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (26 Dis) memaklumkan bahawa wanita itu ditahan untuk pemeriksaan rutin sebaik tiba di lapangan terbang.
Semasa pemeriksaan, pegawai ABF menemui 18 bungkusan vakum berlabel “teh” yang mengandungi bahan kristal jernih di dalam bagasi wanita berkenaan.
Ujian awal mendapati bahan tersebut positif methamphetamine, dengan anggaran berat sebanyak 15 kilogram.
Kes itu kemudiannya diserahkan kepada AFP, yang menahan wanita berkenaan dan merampas dadah tersebut.
Rampasan berkenaan dianggarkan bernilai lebih AUD13 juta (kira-kira S$11.1 juta) di pasaran dan berpotensi menghasilkan kira-kira 150,000 dos dadah pasaran gelap.
Wanita itu didakwa atas satu pertuduhan mengimport dadah terkawal dalam kuantiti komersil.
Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara seumur hidup, menurut kenyataan bersama itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.