Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditahan, menyamar jadi penganjur konsert di Sabah

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Seorang wanita Malaysia ditahan selepas disyaki menyamar sebagai penganjur sebuah konsert yang melibatkan beberapa artis nama besar Malaysia dan Indonesia. 

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya menerima laporan daripada seorang artis lelaki berusia 53 tahun berhubung konsert berkenaan yang kononnya akan dibuat pada 4 November di Sabah.

"Suspek telah menawarkan penjualan tiket berharga antara RM199 (S$59) hingga RM649 (S$193) dan artis lelaki terbabit telah menafikan tawaran atau menandatangani sebarang kontrak menyertai konsert tersebut.

"Bertindak atas risikan, polis telah menahan wanita berusia 48 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dan salah satunya melibatkan kes penipuan.

"Wanita terbabit direman sehingga selama tiga hari sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat (28 Okt). 

Encik Mohamad Farouk turut meminta orang ramai yang sudah membuat pembelian tiket konsert agar tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya di talian 03-42952222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan