Wanita ditahan lempar botol air ke mulut badak di taman haiwan Indonesia
Seorang wanita berusia 56 tahun berasal dari Bandung, Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mencampakkan bekas botol air minuman ke dalam mulut seekor badak air di Taman Safari Bogor.
Petikan dari Instagram.
JAKARTA: Seorang wanita berusia 56 tahun berasal dari Bandung, Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mencampakkan bekas botol air minuman ke dalam mulut seekor badak air di Taman Safari Bogor.
Video perbuatannya itu tular di media sosial di Indonesia selepas dirakam dari kenderaan orang awam lain yang berada di belakang kenderaan dinaiki suspek, di taman safari berkenaan.
Taman safari itu membenarkan pengunjung membawa kenderaan masing-masing ketika menjelajah kawasan zoo berkenaan.
Berdasarkan video yang tular itu, jelas kelihatan botol air di dalam mulut badak air berkenaan dan menurut laporan media memetik pihak pengurusan taman safari, badak air bernama Ari itu, telah memuntahkan botol air tersebut.
Ketua Polis Bogor, Harun dalam satu kenyataan berkata suspek ditahan pada Selasa (9 Mac) dan kini berhadapan tuduhan penganiayaan terhadap haiwan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan.
Video yang tular itu dipercayai dirakam pada Ahad lalu (7 Mac).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.