Skip to main content

Dunia

Wanita ditahan hantar surat mengandungi racun berbahaya ke Rumah Putih

Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditahan hantar surat mengandungi racun berbahaya ke Rumah Putih

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 11:02AM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 11:05AM

WASHINGTON: Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke Rumah Putih. 

Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan NBC Chicago, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan berkata pada Ahad (20 Sep) suspek ditahan ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) dari Kanada.

Pada Sabtu (19 Sep), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS mengatakan siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

Surat mencurigakan itu dikatakan ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Surat itu berjaya dikesan pada awal minggu, menerusi dua ujian yang dilakukan mengesahkan terdapat kandungan racun berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Jurucakap Polis Diraja Kanada (RCMP) memberitahu CBC pada Sabtu "hasil siasatan awal mendapati bungkusan itu berasal dari Kanada."

Menurut laporan media AS, wanita yang ditahan di sempadan AS-Kanada itu turut memiliki senjata.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita