Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditahan bantu siasatan kes penemuan mayat bayi dalam keadaan berulat

Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantina dalam keadaan berulat di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah di sini pagi semalam (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditahan bantu siasatan kes penemuan mayat bayi dalam keadaan berulat

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 03 May 2019 02:33PM Dikemas Kini : 03 May 2019 02:35PM

LANGKAWI: Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantina dalam keadaan berulat di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah di sini pagi semalam (2 Mei).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata penahanan ke atas suspek yang juga seorang ibu tunggal yang memiliki tiga orang anak itu dilakukan sepasukan anggota polis semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi yang dibuang itu hasil hubungan suspek dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah membuang bayi tersebut selepas melahirkannya di tempat kerjanya. Suspek mengaku membuang bayi tersebut kira-kira empat hari lepas.

“Sebelum ini suspek mengalami tumpah darah dan melahirkan bayi tersebut di tempat kerjanya. Dia kemudian bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam beg plastik sebelum membuangnya di lokasi mayat tersebut ditemui," katanya di sini hari ini.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah reman hari ini. Kes akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan," kata Supt Mohd Iqbal.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan