Skip to main content

Dunia

Wanita diserang, dirompak dalam lif stesen MRT

Seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lepas (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diserang, dirompak dalam lif stesen MRT

Petikan rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita dirompak dalam lif (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 04:16PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 04:19PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lepas (14 Feb).

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek warga tempatan mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan. 

“Barangan milik mangsa yang hilang dalam kejadian itu adalah kad pengenalan, kad bank serta wang tunai RM400 (S$133). 

“Polis telah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Encik Rusdi berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan di dalam lif tular dalam laman sosial hari ini. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita