Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dipercayai buang air kecil belakang kaunter imigresen Johor, pihak berkuasa siasat

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipercayai buang air kecil belakang kaunter imigresen Johor, pihak berkuasa siasat

(Gambar: Tangkapan skrin video tular)

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor akan menjalankan siasatan menyusuli video tular yang menunjukkan seorang wanita membuang air kecil di belakang sebuah kaunter yang tutup di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata siasatan itu akan membantu untuk menentukan bila ia berlaku memandangkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Tindakan membuang air kecil di tempat awam adalah tidak wajar memandangkan BSI adalah bangunan kerajaan yang dikawal rapi.

"Sekiranya orang itu tidak dapat menahan kencing, dia sepatutnya meminta bantuan daripada staf di BSI untuk pergi ke tandas awam," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin (8 Mei). 

Dalam video selama 23 saat itu, seorang individu dipercayai pegawai imigresen merakam tindakan wanita itu yang baru membuang air kecil di belakang sebuah kaunter yang ditutup untuk kerja-kerja naik taraf.

Pegawai imigresen itu menegur wanita terbabit supaya membersihkan najis yang ditinggalkannya tetapi dia terus memakai seluar dan meminta maaf beberapa kali sebelum berlalu pergi, lapor The Star.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan