Skip to main content

Dunia

Wanita dipenggal gara-gara masak sup tak sedap

Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya semata-mata kerana sup kobis yang dimasak mangsa "tidak sedap", menurut polis tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipenggal gara-gara masak sup tak sedap

Sup kobis Shchi. (Gambar hiasan: Jerome Bataga Recaña/Facebook)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 10:12PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 10:14PM

RUSIA: Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya semata-mata kerana sup kobis yang dimasak mangsa "tidak sedap", menurut polis tempatan.

Mayat mangsa yang berusia 47 tahun itu ditemui dengan bahagian kepalanya sudah putus.

Ia merupakan kes kedua dalam tempoh kurang seminggu di Rusia yang mana pembunuhan berlaku membabitkan masakan, lapor Daily Mail.

Teman lelaki mangsa yang berusia 43 tahun, ditahan polis di rumah pasangan itu di kampung Kozlovka.

"Lelaki itu menjadi marah kerana pasangannya masak sup kobis Shchi yang tidak sedap," lapor Readovka News, menukil sumber pihak berkuasa.

Penduduk tempatan berkata lelaki tersebut hilang pekerjaan baru-baru ini dan sejak itu, dia sering mabuk.

"Sebelum ini, dia tidak pernah mempunyai tabiat buruk. Tiada siapa yang perasan dia berkelakuan kasar," menurut laporan tempatan.

Lelaki itu cuba membunuh diri tetapi gagal selepas membunuh pasangannya.

Awal minggu ini, dalam satu kes berasingan, seorang wanita membunuh suaminya yang mengkritik masakan beliau kerana tidak sedap.

Dia menikam suaminya itu sekurang-kurangnya 35 kali, menurut polis Rusia.

Slava Davydkin, 43 tahun, seorang yang gemar memancing, dibunuh dengan cara kejam selepas mengadu kuah yang dihidang kepada para tetamu, kurang masin.

Isterinya, Evgenia, 31 tahun, menunggu sehingga mangsa tidur sebelum menikamnya di hadapan anak mereka yang baru berusia empat tahun.

Dia kemudian mengaku membunuh suaminya menggunakan sebilah pisau dan kini di bawah tahanan dalam rumah.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita