Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dilarang pakai burqa di tempat awam; Kabinet Switzerland usul denda sekitar S$1,420

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pemerintah Switzerland merangka undang-undang baru untuk mengenakan denda Franc Swiss 990 (S$1,423) terhadap wanita yang memakai burqa di tempat awam.

Namun, draf undang-undang yang diserahkan kepada Parlimen pada Rabu (12 Okt) tidak menggunakan perkataan "burqa" dan memberikan beberapa pengecualian apabila memakai penutup muka dalam pesawat serta di premis diplomatik dan tempat-tempat keagamaan.

Persembahan seni dan iklan juga dikecualikan daripada larangan itu.

Sekitar 5 peratus penduduk Switzerland adalah Muslim dan sebahagian besar datang dari Turki dan negara-negara Balkan termasuk Bosnia dan Kosovo.

Di Eropah sendiri, Denmark, Austria, Belanda dan Bulgaria sudahpun menguatkuasakan larangan sedemikian di tempat awam baik larangan separa mahupun dilarang sama sekali.

Langkah Switzerland itu dilancarkan oleh kumpulan politik sama yang menyelia larangan ke atas pembinaan menara baru di negara itu pada 2009. Saranan untuk melarang pemakaian penutup muka di tempat awam diluluskan dalam pungutan suara yang diadakan pada 2021.

Selepas mengadakan rundingan politik tahun ini, Kabinet Switzerland mengurangkan hukuman kerana melanggar undang-undang berhubung pemakaian burqa daripada Franc Swiss 10,000 (S$14,378).

“Larangan memakai penutup muka bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Hukuman bukan keutamaan," menurut Kabinet dalam kenyataannya.
 
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan