Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dikejarkan ke hospital termakan jarum besar dalam strawberi

Selepas insiden jarum ditemui dalam buah-buahan pada tahun lalu di Australia, dua kejadian sama berulang lagi bulan ini, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dikejarkan ke hospital termakan jarum besar dalam strawberi

Gambar fail buah strawberi. (Gambar: Pixabay)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 10:55PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 10:57PM

SYDNEY: Selepas insiden jarum ditemui dalam buah-buahan pada tahun lalu di Australia, dua kejadian sama berulang lagi bulan ini, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut media tempatan, jarum ditemui dalam strawberi yang dibeli dari sebuah pasar raya di Melbourne. Perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa pada 10 September lalu. Pada Isnin (23 Sep), satu lagi kes baru dilaporkan. 

Bercakap kepada Radio 3AW, seorang penduduk tempatan David Chapman berkata anak perempuannya berusia 30 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memakan strawberi berkenaan.

"(Beliau) gigit buah strawberi itu dan terdapat jarum besar melekat padanya. Beliau sangat terkejut," ceritanya.

Disebabkan mangsa merasai sesuatu tidak selesa di dalam kerongkong beliau, Chapman berkata: "kami membawanya ke hospital untuk melakukan ujian X-ray dan ia mengesahkan bahawa bukan logam tetapi ada sesuatu benda lain di dalam tekaknya."

Skandal itu menyebabkan sektor strawberi Australia terjejas teruk mentelah lagi setelah lebih 200 insiden sedemikian berlaku pada hujung 2018.

Semua produk itu di seluruh negara ditarik balik dengan jumlah kerugian dianggarkan bernilai AU$12 juta (S$11 juta)

Petani berharap musim kali ini akan kembali seperti sedia kala memandangkan pelaku sudahpun didakwa.

Namun, insiden itu kini seolah-olah menjadi ancaman kepada pengguna Australia.

Polis sedang menyiasat kejadian tersebut.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan