Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dikatakan 'mati' akibat COVID-19 pulang ke rumah 10 hari kemudian

Seorang wanita berusia 85 tahun yang dipercayai oleh keluarganya sudah meninggal dunia akibat koronavirus mengejutkan saudara-maranya bila dia pulang ke rumah jagaannya sembilan hari selepas keluarganya diberitahu dia sudah disemadikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dikatakan 'mati' akibat COVID-19 pulang ke rumah 10 hari kemudian

Gambar hiasan. (Gambar: PAU BARRENA / AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2021 12:37AM Dikemas Kini : 29 Jan 2021 12:38AM

MADRID: Seorang wanita berusia 85 tahun yang dipercayai oleh keluarganya sudah meninggal dunia akibat koronavirus mengejutkan saudara-maranya bila dia pulang ke rumah jagaannya sembilan hari selepas keluarganya diberitahu dia sudah disemadikan.

Demikian menurut laporan sebuah akhbar pada Ahad (24 Jan).

Disebabkan kesilapan nama, keluarga wanita bernama Rogelia Blanco itu dimaklumkan bahawa pesara itu sudah meninggal dunia akibat COVID-19 pada 13 Januari dan disemadikan keesokan harinya, lapor akhbar La Voz de Galicia.

Disebebkan protokol-protokol COVID-19, keluarganya tidak hadir ke upacara persemadian itu.

Maka, apabila Rogelia Blanco muncul dalam keadaan sihat di rumah jagaan Xove di utara Sepanyol, di mana dia menetap bersama suaminya, alangkah terkejutnya suaminya itu.

"Saya tidak mempercayainya. Saya menangis selepas kematian isteri saya," kata suami Rogelia Blanco seperti yang dipetik akhbar tersebut.

Beliau menambah, rupa-rupanya seorang lagi wanita yang tinggal sebilik dengan isterinya di rumah jagaan itu telah meninggal dunia.

Akhbar itu menukil Yayasan San Rosendo, yang mengendalikan rumah jagaan tersebut sebagai menyatakan, kesilapan itu berlaku apabila Blanco dan penghuni lain yang diuji positif COVID-19 dipindahkan ke sebuah lagi rumah jagaan pada 29 Disember bagi rawatan khas.

"Antara warga tua yang dipindahkan adalah dua wanita yang ditempatkan dalam bilik yang sama," menurut yayasan itu, lapor La Voz de Galicia.

Mereka dipindahkan ke rumah jagaan Pereiro de Aguiar, 223 kilometer dari rumah jagaan Xove.

"Kesilapan identiti semasa proses pemindahan dari Xove ke Pereiro de Aguiar menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka disahkan pada 13 Januari meskipun identitinya salah," tambah yayasan itu.

Ia melahirkan rasa kesal atas "insiden malang" itu, lapor akhbar tersebut, memetik kenyataan yayasan itu yang berbunyi; "Ini adalah insiden terpencil, antara lebih 100 pemindahan yang dibuat sejak bulan Disember tahun lalu ke Os Gozos."

Mahkamah sudah dimaklumkan untuk memperbetul kesipalan identiti wanita yang meninggal dunia itu, menurut kenyataan yayasan itu lagi.

Yayasan itu bagaimanapun tidak segera membalas permintaan Reuters untuk memberi komen.

Sumber : Reuters/NK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan