Skip to main content

Dunia

Wanita dibunuh lelaki selepas enggan teruskan hubungan

Seorang wanita warga Indonesia maut, dipercayai ditikam pada bahagian dada oleh rakan senegaranya ketika berada di tempat letak kenderaan di Masjid Al-Husna, Sungai Way, Selangor pada Sabtu malam (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dibunuh lelaki selepas enggan teruskan hubungan

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Dec 2018 07:12PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 07:14PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia maut, dipercayai ditikam pada bahagian dada oleh rakan senegaranya ketika berada di tempat letak kenderaan di Masjid Al-Husna, Sungai Way, Selangor pada Sabtu malam (22 Dis).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai mangsa, Asmaul Chasanah, 28 tahun, yang dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau pada kira-kira 10.18 malam.

"Dalam kejadian itu, mangsa tiba di pekarangan masjid bersama rakannya untuk bertemu lelaki berkenaan, yang datang dengan membawa pisau serta sebotol racun.

"Selepas menikam mangsa, lelaki itu kemudian menikam diri sendiri di bahagian perut dan meminum racun untuk membunuh diri namun gagal," katanya dalam satu kenyataan hari ini (23 Dis).

ACP Mohd Zani berkata polis menahan lelaki itu di Wad Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada kira-kira 1.50 pagi tadi (23 Dis).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati bahawa lelaki itu sudah membelanjakan sejumlah wang kepada mangsa sejak dua bulan berkenalan.

"Namun sejak kebelakangan ini, lelaki berkenaan tidak mampu membelanjakan wang yang diminta menyebabkan mangsa enggan meneruskan hubungan sehingga mencetuskan kemarahan lelaki tersebut," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita