Skip to main content

Dunia

Wanita di Malaysia hidupkan suasana perayaan dengan hiasi kereta dengan lampu lap lip

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sedang Hari Raya Aidilfitri hampir tiba, seorang wanita di Malaysia mengambil langkah 'lebih' untuk menceriakan suasana menjelang hari perayaan.

Bukan sahaja menghiasi rumahnya dengan lampu berwarna-warni, Cik Nur Aliah, yang berasal dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur, memandu keretanya yang dihiasi dengan lampu lap lip.

Video TikToknya yang dimuat naik pada 15 Mac, dengan kapsyen "POV: Raya tahun ini kita all out", menerima 1.2 juta tontonan dalam tempoh dua minggu setakat Khamis (28 Mac).
Menurut kapsyen videonya, Cik Aliah berkongsi bahawa dia mengambil hampir enam jam untuk menghiasi keretanya.

Netizens kagum dengan penampilan kereta yang bersinar, dan ramai tidak menyangka kelainan pada dekorasi yang sering digantung di rumah.

"Saya fikirkan dia akan gantung di rumah. Sungguh tidak dijangkakan," kata seorang pengguna TikTok.

"Sangat cantik, saya dapat rasakan suasana Raya. Idea yang bagus sebenarnya."

Seorang lagi pengguna berhasrat untuk melakukan perkara yang sama berkata: "Tolong tunjukkan cara ia dipasang".

Walau bagaimanapun, segelintir netizen berasa bimbang, dan bertanya sama ada kereta tersebut selamat untuk dipandu, dan memberi amaran bahawa Cik Aliah mungkin ditahan semasa sekatan jalan raya.

"Adakah ini dibenarkan dari segi undang-undang", kata seorang pengguna.

Ketika bercakap dengan laman berita sosial Malaysia, World of Buzz, Cik Aliah berkata bahawa dia sudah beberapa kali terserempak dengan pegawai polis ketika memandu kereta tersebut, namun tidak ditahan.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita