Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita di China ini patah kaki selepas jurulatih yoga letak tekanan berlebihan semasa lakukan regangan

Anggaran Waktu Membaca:
WUHAN: Ini adalah satu peringatan bagi anda supaya bersenam dengan berhati-hati dalam usaha untuk kekal cergas.

Seorang wanita di Wuhan, yang dikenal pasti dengan nama keluarga Le, sedang menghadiri sebuah kelas yoga ketika insiden tersebut berlaku. Sedang dia melaksanakan aksi menyerupai gaya 'burung merpati', jurulatih Le mendekatinya lalu menekan bahagian belakangnya agar Le dapat melakukan regangan itu dengan lebih lanjut.

Malangnya, jurulatih tersebut membuat anggaran yang berlebihan mengenai fleksibiliti Le dan memberi tekanan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan tulang peha Le patah.

Bunyi 'pop' yang kuat bergema di bilik tersebut, menyusuli jeritan Le yang mengerang kesakitan.

Bercakap kepada media Cina, Le berkongsi: "Apabila saya dapat memberi reaksi terhadap apa yang berlaku, paha saya sudah mengecut. [Kawasan retak] mula membengkak, menyebabkan kaki saya kelihatan lebih pendek. Tulang saya juga mengalir keluar melalui daging saya, dan otot saya ditolak ke atas."

Menurut Le, studio yoga tersebut menanggung kos perubatannya, meskipun dia dihantar pulang selepas menerima rawatan agar dia dapat pulih dengan sendirinya.

Mereka pada awalnya, tidak menawarkan untuk membayar sekiranya dia dimasukkan ke hospital.

Le tidak berpuas hati dengan respons studio yoga tersebut, lalu membuat aduan di balai polis.

"Studio yoga itu kemudian mengirim sebuah teks menyatakan [pihaknya akan] menanggung kos rawatannya di hospital. Namun, saya kini tidak pasti jika mereka akan menanggung kos lain yang saya mungkin perlu biayai," jelas Le.

Menurut laporan, ini bukan pertama kali studio yoga tersebut mempunyai ahli yang membuat laporan polis terhadap mereka selepas ahli mereka mengalami kecederaan dalam keadaan yang serupa semasa kelas dijalankan.
Sumber : 8 Days/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan