Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dan kanak-kanak Gaza kais makanan dari timbunan sampah: PBB

Ramai wanita dan kanak-kanak di Carikan Gaza terpaksa mengais makanan dari timbunan sampah, dedah seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (29 Nov) selepas melakukan lawatan ke wilayah Palestin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Ramai wanita dan kanak-kanak di Carikan Gaza terpaksa mengais makanan dari timbunan sampah, dedah seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (29 Nov) selepas melakukan lawatan ke wilayah Palestin itu.

Ketua Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Wilayah Palestin, Ajith Sunghay meluahkan keprihatinan terhadap masalah kebuluran di sana, termasuk di bahagian tengah Gaza, tempat di mana agensi-agensi bantuan beroperasi.

"Saya terutama sekali bimbang tentang krisis kebuluran yang meluas," tegas Encik Sunghay yang menyertai satu taklimat media Geneva menerusi pautan video dari Jordan.

"Mendapatkan keperluan asas ibarat satu perjuangan yang perlu mereka lakukan setiap hari untuk terus hidup," ujarnya.

Menurut Encik Sunghay, PBB tidak dapat menyalurkan sebarang bantuan ke utara Gaza kerana "pihak berkuasa Israel berkali-kali menghalang atau menolak akses bagi konvoi bantuan kemanusiaan". Beliau menganggarkan 70,000 orang berada di kawasan itu.

Encik Sunghay mengunjungi kem-kem yang menempatkan para penduduk dari beberapa bahagian utara Gaza.

Menurutnya, mereka tinggal dalam keadaan sangat menyedihkan di mana mereka kekurangan bekalan makanan dan tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang baik.

"Jelas sekali bahawa kawasan ini memerlukan bantuan kemanusiaan tetapi ini tidak terjadi. Penting bagi pihak berkuasa Israel memastikan (penghantaran bantuan) dapat dilaksanakan," katanya.

Encik Sunghay bagaimanapun tidak mendedahkan bila kali terakhir agensi-agensi PBB menyalurkan bantuan ke utara Gaza.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan