Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dalam kes basikal lajak dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 sementara rayuan didengar

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 (S$3,181) serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.
 

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai P. Ravinthran bersama-sama Lee Heng Cheong dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Sam Ke Ting, 27 tahun, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (S$1,924) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah hari ini (18 Apr) juga membenarkan permohonan Sam yang memakai baju kurung biru itu untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Katar yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Sam turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.

Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan