Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dakwa, diganggu secara seksual oleh ahli dewan Johor

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin (17 Jan). 

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin (17 Jan). 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial. 

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa sudah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan