Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita cuba rempuh penghadang keselamatan Rumah Putih ditahan

Seorang wanita asal Tennessee yang memandu sebuah van putih dengan sengaja memandu ke arah penghadang keselamatan Rumah Putih semalam (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita cuba rempuh penghadang keselamatan Rumah Putih ditahan

Van putih yang dipandu ke arah penghadang Rumah Putih. (Gambar: SAUL LOEB/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2018 10:18AM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 10:24AM

WASHINGTON: Seorang wanita asal Tennessee yang memandu sebuah van putih dengan sengaja memandu ke arah penghadang keselamatan Rumah Putih semalam (23 Feb). Dia segera ditangkap dan ditahan, menurut Unit Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat.

Tiada sebarang tembakan dilepaskan kerana wanita itu tidak merempuh kawalan berkenaan dan tiada kakitangan penguatkuasa undang-undang yang cedera, demikian menurut satu kenyataan unit tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum ini, wanita 35 tahun yang menetap di La Vergne, Tennessee itu pernah berulang kali melakukan pelbagai kesalahan jenayah berdekatan Rumah Putih dan ditangkap beberapa kali. Namun, ia tidak mendedahkan namanya.

“Wanita tersebut dikenakan tuduhan baru hari ini dengan beberapa kesalahan jenayah dan dihantar ke Jabatan Polis Metropolitan,”kata kenyataan itu sambil menambah operasi di kompleks Rumah Putih berjalan seperti biasa.

Seorang saksi, Chris Bello, 50 tahun, dari New York berkata van yang dipandu wanita berkenaan merempuh penghadang keselamatan dan cuba melepasi halangan itu. Tambahnya terdapat bau getah tayar terbakar yang sekaligus mengeluarkan asap yang banyak.

“Sekitar 30 saat kemudian, dua pengawai keselamatan yang berada dalam pondok mengarahkan wanita berkenaan untuk berhenti melakukan tindakannya itu tetapi tidak diendahkan,” kata Encik Bello.

Rumah Putih ditutup buat sementara waktu menyusuli kejadian rempuhan itu yang berlaku sejurus selepas satu mesyuarat antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull yang masih lagi berada di dalam Rumah Putih pada ketika itu.

Presiden Trump kemudian membuat catatan Twitter yang berbunyi: “Terima Kasih kepada anggota lelaki dan wanita Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atas kerja yang baik!”  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan