Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita China maut selepas jalani rawatan buang bintik hitam, tanda lahir di hospital privet

Seorang wanita maut selepas 10 hari menjalani beberapa siri rawatan untuk menghilangkan bintik dan tanda lahir pada badannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita China maut selepas jalani rawatan buang bintik hitam, tanda lahir di hospital privet
Diterbitkan : 26 Nov 2024 11:20AM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 11:21AM
BEIJING: Seorang wanita maut selepas 10 hari menjalani beberapa siri rawatan untuk menghilangkan bintik dan tanda lahir pada badannya.

Wanita berusia 27 tahun itu yang dikenali sebagai Liu menjalani rawatan tersebut di sebuah hospital swasta di Hospital Tianjin, di utara China.

Suami Liu melaporkan wanita itu mempunyai banyak bintik hitam dan sebahagiannya berwarna gelap serta bertompok besar.

Selepas mengunjungi sebuah hospital, Liu didiagnos menghidap penyakit neurofibromatosis dan bintik cafe-au-lait.

Liu yang berasa bimbang mengenai keadaannya itu memutuskan untuk menjalani rawatan laser bagi membuang kesemua bintik dan tompok besar pada tubuhnya.

Kos rawatannya di Hospital Dermatologi Jinmen Tianjian menelan belanja 100,000 yuan (S$18,642).

Selepas menjalani rawatan, Liu memaklumkan kepada doktornya bahawa simptom yang dialami bertambah teruk.

Ibu Liu pernah menyatakan bahawa anaknya pernah berhenti menjalani rawatan itu kerana terlalu sakit akibat penggunaan ubat bius yang tidak teratur.

Pada 21 Oktober lalu, ketika menjalani prosedur rawatan yang ke-10, Liu dilaporkan berasa pening selepas disapu krim anestetik.

Walaupun doktor telah membersihkan penggunaan krim berkenaan, Liu didapati mengalami sawan dan serangan jantung.

Liu dipindahkan ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan segera.

Namun beliau meninggal dunia 10 hari kemudian.

Menurut doktor, Liu dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.

Mayat Liu telah dihantar untuk menjalani bedah siasat.

Suami Liu mengesyaki bahawa pemberian jumlah ubat bius yang berlebihan telah mencetuskan tindak balas alahan sehingga menyebabkan kematian isterinya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan