Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita China ini 'nyaris cetus kebakaran di rumahnya' gara-gara ikut resipi pempengaruh

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita China ini 'nyaris cetus kebakaran di rumahnya' gara-gara ikut resipi pempengaruh

(Gambar: Lin Yiwan/Xiaohongshu, Guokr)

CHINA: Pernahkah anda menonton video media sosial yang memberi petua 'jalan pintas' dalam menyediakan sesebuah hidangan lalu berhasrat mencubanya sendiri? 

Seorang wanita di China jelas berbuat demikian - mencuba resipi ringkas yang dikongsi seorang pempengaruh menerusi video media sosial.

Malangnya, beliau hampir-hampir mencetuskan kebakaran di rumahnya semasa mengikut cara menyediakan hidangan tersebut. 

Penduduk Beijing itu, yang menggelar dirinya “Chuang Qiaoyu”, berkongsi musibah yang hampir menimpanya di sebuah platform pendidikan sains China Guokr.

Beliau ternampak resipi hidangan menarik telur kukus 'berperisa mi segera', yang dikongsi seorang pempengaruh makanan dan gaya hidup di platform media sosial China Xiaohongshu. Pempengaruh tersebut bagaimanapun tidak dinamakan. 

Wanita itu kemudian memutuskan untuk mencuba resipi tersebut. 

Resipinya kelihatan agak mudah:

Pecahkan dua telur ke dalam sisa sup mi segera dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Selepas dimasukkan dengan haba, telur itu akan terbentuk menjadi telur kastard kukus.

Dengan mengikut resipi yang tertera itu, Cik Chuang pun meletakkan campuran ramuan sup mi segera dan telur ke dalam ketuhar gelombang mikro, bersama cawan kertas mi segera dengan penutup aluminium masih terlekat. 

Walau bagaimanapun, kepulan asap mula dilihat di dalam ketuhar gelombang mikro itu selepas dibiarkan selama dua minit!

Mujur, dia bertindak pantas untuk mematikan ketuhar gelombang mikro itu sebelum api menjadi semakin marak, lalu memadamkan api tersebut sejurus selepas itu. 

Yang tertinggal - hanyalah cawan mi segera yang separa hangus.

"Hanya untuk semangkuk mi segera, saya nyaris-nyaris menyebabkan kebakaran di rumah saya," kongsi wanita itu sedang dia mengenang pengalamannya itu. Beliau bagaimanapun tidak memberi perincian mengenai jenis rumah yang didiaminya. 

Sumber : Today/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan