Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa di jalan raya Pulau Pinang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
BALIK PULAU: Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika beliau yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya melalui Jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau, pada Ahad pagi (26 Jun).
Menurut perkongsian oleh anak mangsa di laman Facebook (FB) miliknya, akibat kejadian itu, ibunya mengalami patah bahu kanan serta patah dua tulang rusuk, lapor Astro AWANI.
Anak mangsa yang menunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut laporan Astro AWANI, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Teluk Kumbar menghala ke George Town.
Ketika melalui tempat kejadian, sebiji buah kelapa tiba-tiba gugur lalu menimpa mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh di atas jalan raya.
Rakaman video berdurasi 28 saat yang menunjukkan mangsa terjatuh dari motosikal selepas kelapa itu menimpanya tular di media sosial,
lapor Astro AWANI.
Dalam video tersebut, kelihatan anak mangsa sempat mengawal motosikalnya sebelum berhenti di tepi jalan bagi membantu ibunya yang terbaring di atas jalan raya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, dalam catatan Facebooknya menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa.
Menurut Encik Azrul, mangsa dikenali sebagai Puan Anita yang tinggal di Taman Emas, Teluk Kumbar.
Kata beliau, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, beliau bergegas ke lokasi kejadian dan meminta agensi berkaitan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Encik Azrul berkata kebanyakan pokok kelapa di sepanjang jalan itu adalah milik pemilik persendirian.
Kata beliau, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.