Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita, budak perempuan terjejas secara tidak seimbang akibat perubahan iklim

Sidang puncak iklim COP26 hari ini (9 Nov) memberi tumpuan kepada kesamarataan jantina dan sains dalam menangani perubahan iklim. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita, budak perempuan terjejas secara tidak seimbang akibat perubahan iklim

Peningkatan pada suhu cuaca, walaupun setakat 1 hingga 2 darjah Selsius, boleh meninggalkan kesan buruk terhadap dunia. (Gambar: Mark Ralston/AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 08:37PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 08:40PM

GLASGOW: Sidang puncak iklim COP26 hari ini (9 Nov) memberi tumpuan kepada kesamarataan jantina dan sains dalam menangani perubahan iklim.

Menurut agensi hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), golongan wanita dan kanak-kanak perempuan terjejas secara tidak seimbang akibat perubahan iklim.

Mereka juga menghadapi risiko lebih besar akibat kesan perubahan iklim,
terutama sekali dalam keadaan kemiskinan.

Maka itu, PBB menyeru para pemimpin dunia yang menghadiri COP26 supaya memberikan penyertaan penuh dan berkesan dalam membuat keputusan serta melakarkan dasar-dasar.

Turut menjadi tumpuan perbincangan pada sesi hari ini adalah sains dan inovasi teknologi. Ia didakwa penting bagi menghasilkan huraian untuk mencegah suhu bumi daripada meningkat kepada 1.5 darjah Selsius. 

Sumber : Agensi berita/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan