Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita berpakaian ihram di Makkah diminta tampil bantu siasatan

Wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah diminta tampil bagi membantu siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita berpakaian ihram di Makkah diminta tampil bantu siasatan

(Gambar: Petikan skrin dari video media sosial)

BUKIT GANTANG: Wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah diminta tampil bagi membantu siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. 

“Patutnya dia perlu berani tampil ke hadapan sebab dia berani tunjuk gambar berada di sana (Makkah) dengan berpakaian ihram seolah-olah ingin menimbulkan provokasi, mengapa perlu takut,” kata Encik Idris kepada para wartawan selepas Program Berjalan Teguh Bersama di Dataran Tarbiah di Bukit Gantang hari ini (18 Sep).

Pada 1 Sep lalu, Encik Idris dilaporkan berkata individu tersebut sudah pulang dari Tanah Suci namun masih belum mendapatkan maklumat bagi mengesannya.

Menerusi video yang tular pada 12 Ogos lalu, wanita berkenaan berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki. Dia difahamkan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan