Skip to main content

Dunia

Wanita Australia maut, 2 pelancong cedera selepas bot snorkeling terbalik di Bali

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Australia maut, 2 pelancong cedera selepas bot snorkeling terbalik di Bali

(Gambar: AP/Klungkung District Police)

Diterbitkan : 22 Mar 2025 10:13AM Dikemas Kini : 22 Mar 2025 10:14AM
DENPASAR: Sebuah bot snorkeling yang membawa 13 penumpang termasuk 11 pelancong warga Austraila, terbalik akibat dipukul ombak besar di pulau peranginan Bali pada Jumaat (21 Mac).

Bot snorkeling 'Sea Dragon' itu dalam perjalanan ke Nusa Penida dari sebuah pelabuhan di pulau peranginan Bali, menurut jurucakap polis tempatan Agus Widiono.

Kumpulan pelancong itu sedang menikmati keindahan dasar laut apabila dipukul oleh ombak besar yang menyebabkan seorang pelancong wanita berusia 39 tahun tercampak dari bot tersebut.

Ini disusuli dengan ombak kedua yang menyebabkan bot itu terbalik di kawasan perairan Kelingking, kata Encik Widiono.

Sebuah bot berhampiran bergegas untuk menyelamatkan 12 mangsa yang terselamat, termasuk dua kru kapal tempatan dan dua pelancong yang cedera.

Para penyelamat juga menemui mayat pelancong wanita berkenaan, kata jurucakap itu.

Mangsa yang terselamat dirawat di sebuah klinik kesihatan berhampiran dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sumber : AP/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita