Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Afghanistan melahirkan anak dalam penerbangan ke Britain

Seorang wanita warga Afghanistan melahirkan seorang bayi perempuan ketika berada dalam pesawat ke United Kingdom (UK) pada Sabtu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Afghanistan melahirkan anak dalam penerbangan ke Britain

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Aug 2021 03:14PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 03:18PM

LONDON: Seorang wanita warga Afghanistan melahirkan seorang bayi perempuan ketika berada dalam pesawat ke United Kingdom (UK) pada Sabtu (28 Ogos).

Kelahiran bayi itu dicatatkan ketika pesawat berada pada ketinggian 30,000 kaki.

Proses kelahiran dibantu oleh kakitangan syarikat penerbangan Turkish Airlines.

Soman Noori, 26 tahun, bersama suaminya, dibawa keluar dari Kabul ke Dubai sebelum menaiki penerbangan menuju ke Birmingham.

Sebaik pesawat berlepas, Soman mengadu sakit dan beberapa anggota kru pesawat membantu proses kelahiran anak ketiga pasangan berkenaan.

Penerbangan itu kemudiannya mendarat di Kuwait sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, ibu dan bayi itu didapati berada dalam keadaan cukup sihat untuk meneruskan perjalanan ke UK.

Bayi perempuan itu diberi nama Havva, yang diterjemahkan sebagai Hawa.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan