Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita 84 tahun dipukul sampai mati di Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 84 tahun dipukul sampai mati di Israel

Gambar: AFP

Diterbitkan : 21 Sep 2022 01:38PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 01:38PM
BAITULMAKDIS: Seorang wanita Israel berusia 84 tahun dipukul hingga mati di Israel pada Selasa (21 Sep) dalam apa yang dipercayai polis sebagai "serangan pengganas".

Serangan itu berlaku pada sebelah petang di Holon, pinggir selatan Tel Aviv, lapor Xinhua yang memetik laporan akhbar berbahasa Ibrani, Haaretz.

Rakaman video pengawasan menunjukkan seorang lelaki menghampiri wanita itu dari belakang dan memukulnya dengan objek, menurut laporan tersebut.

Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perkhidmatan perubatan kecemasan di negara itu, Magen David Adom. Beliau ditemui dengan kecederaan di muka, kata pegawai itu dalam satu kenyataan.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Ketua Polis Kobi Shabtai menyifatkan insiden itu sebagai "serangan pengganas yang serius."

"Pada masa ini ia kelihatan seperti serangan pengganas," katanya sambil menambah bahawa polis "sedang mencari penyerang berkenaan".

Stesen berita milik Israel, Kan TV, mengenal pasti suspek sebagai lelaki berusia 28 tahun dari bandar Qalqilya di utara Tebing Barat yang bekerja di tapak binaan di Holon, berhampiran lokasi serangan.

Mangsa tinggal beberapa meter dari tempat kejadian dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila suspek menyerangnya, lapor Kan.

Serangan itu berlaku ketika pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin semakin meningkat di Tebing Barat.
Sumber : Bernama/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa