Skip to main content

Dunia

Wanita 136 kilogram hempap kekasih sampai mati

Seorang wanita dengan berat badan 136 kilogram mengaku membunuh teman lelakinya dengan cara duduk di atas badannya, sehingga beliau tidak dapat bernafas.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 136 kilogram hempap kekasih sampai mati

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 04 Dec 2018 03:00PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 03:08PM

PENNYSLAVANIA: Seorang wanita dengan berat badan 136 kilogram mengaku membunuh teman lelakinya dengan cara duduk di atas badannya, sehingga beliau tidak dapat bernafas.

Pada Isnin (3 Dis), Windi Thomas, 44 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Keeno Butler, yang juga berusia 44 tahun.

Thomas dijangka dipenjarakan antara 18 dengan 36 tahun, menurut laporan Metro UK.

Thomas, seorang penduduk dari Erie, Pennsylvania di Amerika Syarikat menikam Butler di tangan sebelum memukulnya dengan kaki meja selepas mereka minum dalam kejadian pada Mac tahun ini.

Peguamnya menegaskan bahawa pembunuhan itu tidak disengajakan. Thomas hanya membunuh Butler yang berat badannya 54 kilogram, selepas rebah di atas badannya semasa mabuk.

Pihak pendakwa raya bagaimanapun menarik perhatian terhadap bagaimana Butler dipukul dan ditikam.

Selepas kematian Butler, bedah siasat memutuskan bahawa beliau meninggal dunia akibat 'tidak cukup pernafasan susulan trauma kekerasan pada bahagian leher dan toraksnya, yang turut menjadi parah akibat trauma kekerasan tumpul ke bahagian kepala'.

Thomas menghubungi talian kecemasan 911 sambil menjerit "saya membunuh teman lelaki saya". Menurut laporan Metro UK, polis yang tiba di tempat kejadian menemui kaki meja yang berlumuran darah.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita