Skip to main content

Dunia

Wanita 104 tahun dari Iraq jemaah haji tertua tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Seorang wanita berusia 104 dari Iraq dikenal pasti sebagai jemaah haji tertua tahun ini.

Kazimiya Hatim, dijemput di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah dengan meriah pada 25 Mei.

Lebih 33,000 jemaah dari Iraq dijangka tiba di Arab Saudi pada musih haji tahun ini, lapor Arab News.

Ejen dari Iraq Ali Al-Rida Khazim menemani Cik Kazimiya dari Madinah ke Makkah menaiki kereta api Haramain, selepas menziarahi Masjid Nabawi.

Beliau berkata Cik Kazimiya berazam untuk menunaikan haji dan kehadirannya merupakan kebanggaan dan kegembiraan misi haji Iraq dan masyarakat Iraq secara umum.

Encik Ali menambah bahawa Cik Kazimiya berada dalam keadaan sihat dan sering dipantau.

Cik Kazimiya berkata beliau sangat gembira untuk berada di Arab Saudi bagi menunaikan haji, dan berterima kasih atas sambutan yang meriah serta khidmat yang diberikan kepada dirinya dan rakan-rakannya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita