Skip to main content

Dunia

Wanita 104 tahun ahli payung terjun tertua sebelum meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 104 tahun ahli payung terjun tertua sebelum meninggal dunia

Gambar: skydivechicago/Instagram

Diterbitkan : 15 Oct 2023 11:13PM
WASHINGTON: Tidak dinafikan, semua orang mempunyai impian tersendiri untuk dicapai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kerana dapat mencapai impiannya.

Warga emas tersebut ingin mencapai impiannya untuk mendapatkan gelaran ahli payung terjun tertua di dunia sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurut laporan, (UNILAD) Dorothy Hoffner, 104 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat telah meninggal dunia pada hari Ahad, 8 Oktober di rumah Orang Tua di Brookdale Lake View, dipetik daripada agensi berita Seismik.

Mendiang sempat menunaikan impiannya dengan mendapatkan perkhidmatan melalui Skydive Chicago.

Mendiang juga dilaporkan terjun daripada ketinggian 4,115 meter daripada pesawat di utara Illinios dan berada di ruang udara selama tujuh minit sambil menikmati pemandangan yang indah sebelum mendarat, lapor Seismik.

Setelah mendarat, bibirnya tidak berhenti mengukirkan senyuman sebagai tanda teruja dan gembira melakukan aktiviti sukan ekstrem tersebut.

Tetapi apa yang lebih menarik apabila warga emas tersebut sempat melihat dirinya diiktiraf dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai ahli payung terjun tertua di dunia. Malangnya, mendiang tidak sempat menyaksikan sendiri rekod tersebut kerana telah meninggal dunia terlebih dahulu.

”Jadi, apa kaitan antara umur dengan apa yang anda mahu lakukan? Saya berusia 104 tahun, tidak ada masalah apa-apa pun,” komen Cik Dorothy ketika itu, menurut Seismik.

Susulan tularnya video tersebut di Instagram, sehingga kini ia telah meraih 89 ribu tontonan, hampir 4 ribu "likes" dan 158 komen di Instagram, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita