Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita 100 tahun dari Indonesia pulih dari virus korona

Seorang wanita warga emas dari Indonesia berusia 100 tahun pulih dari virus korona, menjadikannya manusia tertua di negara tersebut yang berjaya melawan penyakit membawa maut itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 100 tahun dari Indonesia pulih dari virus korona

Kamtim (kiri) bersama anak menantunya Siti Aminah (Gambar: Juni Kriswanto/AFP)

Diterbitkan : 01 Jun 2020 03:05PM Dikemas Kini : 01 Jun 2020 03:14PM

SURABAYA: Seorang wanita warga emas dari Indonesia berusia 100 tahun pulih dari virus korona, menjadikannya manusia tertua di negara tersebut yang berjaya melawan penyakit membawa maut itu.

Wanita dikenali sebagai Kamtim itu dibenarkan pulang dari hospital pada minggu lepas selepas sebulan menjalani rawatan di bandar tempatnya menetap di Surabaya.

Menantunya, Siti Aminah, menganggap kemampuan Kamtim untuk pulih adalah kerana sikapnya yang sentiasa berdisiplin dan kekal bersemangat.

“Setiap hari saya memeriksa keadaannya melalui jururawat dan mereka selalu memberitahu bahawa beliau amat kuat dan rajin mengambil ubat,” katanya.

Punca jangkitan tidak diketahui namun menurut Cik Siti Aminah, beliau berkemungkinan dijangkiti orang-orang yang datang melawatnya dari kawasan kejiranan.

Cik Kamtim yang lahir pada tahun 1920 itu dimasukkan ke hospital pada April selepas menunjukkan simptom-simptom COVID-19 dan disahkan positif virus itu.

Dalam pada itu, Gabenor Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa berkata, beliau berharap kisah Cik Kamtim itu dapat memberi harapan kepada pesakit lain terutama kepada golongan yang berisiko tinggi itu.

“Saya berharap berita pemulihan warga emas ini boleh memberi motivasi kepada golongan warga emas lain ketika pandemik melanda kini,” tambah Cik Khofifah lagi.

Sehingga kini, Indonesia mencatatkan lebih 26,000 kes jangkitan akibat COVID-19 dengan 1,613 kematian.

Para penyelidik, bagaimanapun, meramalkan jumlah sebenar kes jangkitan dan kematian adalah berkali ganda dari jumlah direkodkan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan