Skip to main content

Dunia

Wang Yi seru PBB diperkasa semula

Anggaran Waktu Membaca:
Wang Yi seru PBB diperkasa semula

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 May 2026 09:52PM Dikemas Kini : 27 May 2026 09:53PM
NEW YORK: Menteri Luar China Wang Yi menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersatu dan bertindak bersama bagi mempertahankan, memperkasa semula serta memperkukuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seruan itu dibuat Wang pada Selasa (26 Mei) ketika mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai usaha menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB serta memperkukuh sistem antarabangsa berteraskan badan dunia itu.

Wang berkata usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula semangat Piagam PBB bagi menyerlahkan kepimpinan yang lebih kukuh, selain mengembalikan kewibawaan UNSC supaya badan itu memperlihatkan keupayaan bertindak yang lebih berkesan.

Beliau turut menekankan keperluan memperkasa kerjasama pembangunan antarabangsa, memberi nafas baharu kepada platform tadbir urus global serta meningkatkan lagi kecekapan sistem PBB.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-55 pemulihan kerusi sah China di PBB.

Wang menegaskan China akan terus bekerjasama dengan semua negara di bawah panji berbilang hala bagi menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah, selain bersama-sama bergerak ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita